Refleksi Diri

 

REFLEKSI DIRI

Sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin Nya dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek KQK 1051 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi yang seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang membimbing dalam subjek ini iaitu, Puan Hasmah binti Hassan kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap satu dari kami dapat mengikuti subjek ini dengan jayanya telah mendorong saya dan rakan sekelas untuk sama-sama memberikan Kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang selalu berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

 

Sesungguhnya, kerja kursus yang telah ditugaskan tentunya memberi impak yang mendalam terhadap terhadap setiap individu yang mengikuti subjek ini termasuklah diri saya sendiri. Berdaasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya berpendapat bahawa setiap satu maklumat adalah amat berguna bagi tujuan masa kini dan di masa hadapan. Saya memperoleh banyak maklumat yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Maklumat-maklumat yang diperolehi amat berguna dan akan saya terus praktikkan dalam kehidupan seharian untuk memperoleh kehidupan yang lebih sihat dan cergas.

 

Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana saya telah membuat poster, video dan juga blog sendiri. Kerja kursus ini telah mengajar saya untuk menjadi lebih kreatif dalam pembuatan media seperti video dan poster. Disebabkan kerja kursus ini, saya lebih tahu tentang pembuatan video dan poster yang lebih kreatif untuk menarik perhatian supaya ramai yang lebih tertarik untuk membaca poster dan menonton video untuk mendapatkan maklumat yang banyak tentang cara untuk kekal sihat.

 

Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada diri saya secara tidak langsung juga telah mendorong saya untuk menjadi lebih kreatif pada masa hadapan. Segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkan dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts